Friday, July 04, 2008

4th July 2008: Ku Syukuri NikmatMu





Ku syukuri nikmatMu


Bahagia


terhampar seluas tasik Taupo


sedalam jurang Manuatu


Ku syukuri nikmatMu


Isteri


cerdik yang solehah


penyejuk mata, penenang hati, penajam aqli


Anak-anak


taat, penyejuk kalbu, bakal pemimpin orang-orang yang bertakwa


Sahabat-sahabat


semasa suka dan duka


Ku syukuri nikmatMu


Ibu yg melahirkan


Ibu yg membesarkan


Tiga puluh delapan tahun


Ku syukuri nikmatMu





Suhaimi Abd Latif
Auckland

1 comment:

Asiah said...

Selamat menyambut hari ulangtahun... moga tahun2 mendatang lebih bermakna.. ameen